Posted by Blogger Name. Category:
Asal Tari Lilin Dari Sumatera Barat
,
jenis tari lilin
,
Tari lilin
Tarian Lilin pada asasnya
merupakan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari dengan
diiringi sekumpulan pemuzik. Para penari ini akan membawa lilin yang dinyalakan
pada piring yang dipegang pada setiap belah tangan mereka. Penari ini akan
menarikan tarian secara berkumpulan dengan memusingkan piring yang mempunyai lilin
yang menyala secara berhati-hati agar piring tersebut sentiasa mendatar, dan
lilin tidak terpadam.
Asal Tari Lilin Dari Sumatera Barat
Asal usul Tari Lilin Dari Sumatera Barat dipercayai berasal dari Sumatera. Kononnya seorang gadis telah ditinggalkan oleh tunang yang pergi berdagang mencari harta. Semasa peninggalan tunangnya itu gadis telah kehilangan cincin pertunangan. Gadis tersebut mencari-cari cincin hingga larut malam dengan menggunakan lilin yang diletakkan pada piring. Gerakan badan yang meliuk, membongkok, mengadah (berdoa) melahirkan keindahan sehingga peristiwa ini telah melahirkan Tarian Lilin di kalangan gadis-gadis kampung itu.
Jenis Tari Lilin Dari Sumatera Barat
Tari Lilin Dari Sumatera Barat ini merupakan sejenis kesenian Istana dan ditarikan pada waktu malam bagi menimbulkan nyalaan lilin tersebut. Ini kerana tarian lilin memerlukan penarinya giat berlatih agar dapat mengawal pergerakan dengan lilin yang menyala tanpa kemalangan.
0 comments:
Post a Comment