TARIAN IBAN
Tarian
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai.
Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung
serta topi yang dihias dengan bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju
yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit
beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan
dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,penari akan
melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan
adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi tarian ini ialah penari
akan memegang perisai kayu ditangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu
menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan tangannya ke
kiri dan ke kanan. Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah
seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan
Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
0 comments:
Post a Comment